Wednesday, September 17, 2008

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2008




------------------------------------------------

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
daripada - Mohd Halbi @ Bel, Penggerak Rakan Muda Parlimen Beaufort

"Kepada semua Barisan Kepimpinan Kelab, Sukarelawan Rakan Muda, Sahabat-Sahabat serta semua golongan Rakan Muda kawasan Parlimen Beaufort, Saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Semoga hubungan dan kerjasama yang erat diciptakan sebelum ini dapat diteruskan untuk memastikan visi dan misi kita untuk melahirkan generasi muda yang berkualiti, bermoral dan berwawasan dapat dicapai. Sekian & Terima Kasih."

Sila Datang Ke Rumah Terbuka Saya Pada 01 Syawal hingga 30 Syawal ini, Sebelum Datang Pastikan Call Dulu Untuk Mengconfirmkan Keberadaan Saya Dirumah."

Amaran Oleh Kerajaan Malaysia -> Tiada Duit Raya Tahun Nie....

Thursday, September 11, 2008

Program Rakan Muda Ramadhan - Tadarus Al-Quran,Berbuka Puasa & Solat Terawih



Program Rakan Muda Ramadhan kembali lagi pada tahun ini. Untuk kawasan Parlimen Beaufort, Surau Al-Nuri, Kg Bukit Nur, Menumbok dan Masjid Kerukan, Kg Kerukan, Kuala Penyu telah dipilih untuk menjadi lokasi program pada kali ini. Berikut adalah Jadual Program Rakan Muda Ramadhan Bahagian Pedalaman Bawah :-

01. 12 September 2008
Surau Kg Kuridak, Gadong, Beaufort. (Parlimen P.178 Sipitang)

02. 14 September 2008
Surau Kg Mentulud, Padas Damit, Beaufort. (Parlimen P.178 Sipitang)

03. 15 September 2008
Surau Al-Nuri, Kg Bukit Nuri, Menumbok. (Parlimen P.177 Beaufort)

04. 16 September 2008
Surau Al-Dakwah, Kg. Pimping, Membakut. (Parlimen P.176 Kimanis)

05. 18 September 2008
Majlis Khatam AL-Quran Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah
Masjid Kerukan, Kg. Kerukan, Kuala Penyu.


Sumber :- Unit Pembangunan Rakan Muda,
Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort

Monday, September 1, 2008

Sukaneka Sempena Larian Merdeka SFI



Pada 23 Ogos 2008 bertempat di Padang Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI), Sipitang, team Kecergasan Kelab Rakan Muda Beaufort telah melakukan senamrobik sempena program Larian Merdeka SFI tahun 2008. Instruktur Kecergasan Senamrobik yang terbabit ialah Mohd Halbi Abd Hassan (Penggerak Rakan Muda Parlimen Beaufort) dan Rynnille Peter (Presiden KRM Beaufort) serta dibantu oleh Ahli Majlis Tertinggi Kelab yang sama-sama hadir dan bersenamrobik beramai-ramai