Thursday, August 7, 2008

NORHASMIZZA JUARA SURVIVOR EPISOD 2

Pada 01-03 Ogos 2008 bertempat di Padang SM St Paul Beaufort telah berlangsungnya Program Perkhemahan & Pengembaraan Anugerah Remaja Perdana Peringkat Parlimen P.177 Beaufort. Konsep program ini adalah Ikhtiar Hidup iaitu Survivor yang juga merupakan kesinambungan daripada Program Kem Pesona Remaja - Survivor Rakan Muda Edition Episode 1 yang diadakan pada 03-06 November 2007 di Klias Wetland, Kota Klias. Apapun Survivor 2008 menyaksikan pelbagai pembaharuan dan lebih mantap daripada program tahun lepas. Lebih membanggakan, Juara Survivor pada kali ini adalah seorang perempuan, yang telah menewaskan seramai 25 peserta lelaki dan 10 peserta wanita untuk bergelar juara. Pelbagai pengisian menarik sepanjang program ini antaranya Fear Factor, Penjelajahan Alam Buana, Halangan Komando, Paint Hand, Awas Banjir, Night Safari dan sebagainya telah dijalankan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta dan barisan urusetia yang telah bekerja bersungguh-sungguh bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Abd Aziz Ason, Pembantu Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort dan En. Mohd Alifah Mohd Noor, Penggerak Rakan Muda Parlimen Kimanis yang telah banyak membantu dalam pelaksanaan program ini. Penghargaan yang tidak terhingga kepada En. Awang Sham Buragang selaku Pegawai Pemantau SM St Paul yang telah bekerjasama dan sama-sama bekerja untuk menghasilkan yang terbaik. Sayonara & berjumpa lagi pada tahun hadapan.

5 comments:

Anonymous said...

tahniahhhhhhhhh
satu sejarah telah tercipta...
juara wanita pertama...

Anonymous said...

Yesza..Tahniah..See c next survivor
ok..

Secret admire

ARP Daerah Jempol said...

Tahniah !
Rakan Muda Beaufort sudahpun ada blog sendiri. Harap dapat hebahan XTVT ok. Salam kenalan daripada Rakan Muda Jempol NS di www.anugerahremajaperdana.blogspot.com

Anonymous said...

thank you^^.. hehe smua ni atas sokongan kwan2 and tenaga pengajar... thanks to them all..

Anonymous said...

bnyakan aktiviti2 sebegini.. ^^