
Undilah Kecik dalam RAJA LAWAK.....................



OPEN HOUSE CHRISTMAS.....





UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi. Mengenai hijrah ke Yathrib, Rasulullah SAW ada menceritakan dalam hadisnya yang bermaksud: “Aku melihat dalam tidurku aku berhijrah dari Makkah ke satu tanah yang banyak pokok kurma. Pada mulanya aku menyangka Yamamah atau Hajar, rupa-rupanya ia adalah Madinah, iaitu Yathrib.” – (Hadis riwayat Bukhari)
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).
Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar.
Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
Selamat Menyambut Maal Hijrah..
KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan
*Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dilakukan di post ini.





Pada 21hb sehingga 22hb November 2009, bertempat di Dewan Pa' Musa, Pekan Beaufort telah berlangsung Pertandingan Shuffle Dance Rakan Muda Peringkat Bahagian Beaufort. Program ini ternyata mendapat sambutan yang hangat dan meriah dengan pelbagai variasi bentuk tarian shuffle yang telah dipersembahkan oleh para peserta.
Pada hari pertama, peringkat saringan telah diadakan dalam dua (2) fasa untuk mendapatkan 8 finalis untuk berentap diperingkat akhir yang diadakan pada hari kedua. Peringkat saringan ini telah diadakan di perkarangan Padang Pekan Daerah Beaufort. Pada hari kedua, pertandingan akhir telah diadakan di Dewan Pa' Musa menampilkan 4 kumpulan berentap untuk mendapatkan kejuaraan kategori shuffle dance berkumpulan manakala 8 finalis untuk kategori individu.
Berikut adalah beberapa paparan peserta berkumpulan dalam pertandingan akhir shuffle dance :-



WATI MATSAM. Nama glamour Liza. Berasal dari Kg Ulu Klias, Kota Klias merupakan calon tunggal wanita dan sukarelawan yang diangkat daripada kalangan peserta program anjuran Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort di Kuala Penyu. Oleh kerana bakat dan kemahiran yang ada, liza telah mengorak langkah dengan melibatkan diri sebagai sukarelawan yang cemerlang. Pencapaiannya berterusan apabila melibatkan diri dalam banyak program samada anjuran JBS mahupun JPNIN. Seorang yang tabah, berdedikasi, rajin dan senang berkerjasama memudahkan lagi dirinya terlibat dalam KRMB. Ini terbukti liza dilantik menjadi Naib Presiden KRMB untuk dua (2) penggal berturut-turut selai pernah memangku jawatan Timbalan Presiden KRMB. Pengalaman dan kemahiran yang ada padanya membolehkannya terus maju dan sekarang liza telah dilantik menjadi Penggerak Belia Beaufort sejak Ogos lalu. Liza dilihat mempunyai prospek masa depan yang baik.
ED MUHAMMAD ALQAP MANLEIDIN. Nama glamor Alqap. Berasal dari Kg. Jampangah, Beaufort, Alqap merupakan sukarelawan paling muda dalam dunia kesukarelaan dan kejayaan menempatkan diri dalam senarai finalis merupakan satu sejarah dan kejutan besar yang dilakukannya. Hanya melibatkan diri dalam sukarelawan di JBS pada tahun ini, itu tidak menghalangnya untuk terus maju dan mara kehadapan. Alqap mungkin baru dalam dunia Rakan Muda dan Belia, tapi sebenarnya Alqap merupakan orang yang tidak asing dalam Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Beaufort. Alqap merupakan pemimpin kanan Persekutuan tersebut dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dan mahir dalam pelbagai kemahiran serta pengetahuan. Justeru itu, tidak hairanlah Alqap muncul melakukan kejutan. Walaupun dilihat masih baru, peluang dan ruang sentiasa bersama Alqap dan jangan terkejut jika Alqap sekali lagi melakukukan kejutan dalam pengundian final kali ini. Selamat Berjaya Alqap.

* Pencalonan Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB tahun 2009 boleh dibuat di post ini.




* Pencalonan untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB boleh dibuat di dalam post ini.


INSTRUKTUR SENAMROBIK
Kepada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan Instruktur Senamrobik, bolehlah berhubung En. Amreezal Abd Kadir di Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort, talian 087-211625, Faks 087-214625
PERTUBUHAN SENI SILAT GAYUNG SATANI CAWANGAN BEAUFORT
Kepada semua ahli KRMB & Rakan Muda yang berminat untuk menyertai pertubuhan silat ini, sila berhubung dengan En. Mazlan Akup di talian 013-8969291 untuk pendaftaran & keterangan lanjut.
SKIPPER CORNER
NOTA: Untuk sebarang tujuan pengiklanan perniagaan, perkhidmatan, program ataupun majlis berkaitan, bolehlah menghubungi Moderator KRMB di alamat emel hazubail_abie@yahoo.com